TERMA & SYARAT PERADUAN

 

Penganjur & Tempoh Peraduan

 

  1. PERADUAN TEH TARIK ORI Memang ONZ ("Peraduan") dibuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas pada 15hb Oktober 2021 kecuali kakitangan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. ("Panganjur"), syarikat gabungan, anak syarikat, agensi pengiklanan/Perhubungan Awam dan pembekal Penganjur, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.

 

  1. Peraduan bermula dari 15hb Oktober 2021 dan berakhir pada 30hb November 2021 ("Tempoh Peraduan"). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

 

  1. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.

 

Kriteria Kelayakan & Penghantaran Penyertaan

 

4.Cara-cara penyertaan:

 

Langkah 1: Beli mana-mana produk F&N yang layak bernilai sekurang-kurangnya  RM10 dalam satu resit bercetak (“Bukti Pembelian”) dari 15hb Oktober 2021 sehingga 30hb November 2021. Setiap resit melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan Peraduan.

 

Langkah 2: Imbas QR Code untuk muat turun aplikasi BrandCode dari Playstore atau App Store secara percuma dan hantarkan penyertaan melaluinya.

 

Langkah 3:

  1. i) Tekan 'Aktivities' diikuti dengan 'Peraduan TEH TARIK ORI Memang ONZ'.
  2. ii) Sertakan gambar resit dan isikan nombor resit dan butiran peribadi.

iii) Jawab satu soalan ‘Slogan peraduan ini adalah “Peraduan TEH TARIK ORI Memang ONZ”. YA / TIDAK.’

 

  1. Setiap peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian unik yang dikehendaki. Penyertaan akan dibatalkan jika Bukti Pembelian didapati duplikasi dari penyertaan yang lain.

 

  1. Bukti Pembelian yang asal mesti disimpan untuk tujuan pengesahan sekiranya peserta dipilih sebagai pemenang, jika tidak, kelayakan penyertaan peraduan tersebut akan dibatalkan. Resit tulisan tangan, rosak, ciri-ciri produk yang tidak jelas dan/atau resit fotokopi adalah tidak dibenarkan.

 

  1. Senarai produk F&N yang terlibat:
  2. Susu Pekat Manis Penuh Krim F&N 392gm
  3. Susu Pekat Manis Penuh Krim F&N 180gm
  • Susu Pekat Manis Penuh Krim F&N 25g x 15
  1. Krimer Tenusu Manis Coklat F&N 180gm
  2. Krimer Manis Bervitamin F&N 500gm
  3. Krimer Manis Kalsium Tinggi F&N 500gm
  • Krimer Manis Teh Tarik F&N 500gm
  • Susu Isian F&N 500gm
  1. Krimer Manis Teh Tarik F&N 2.5kg
  2. Krimer Sejat F&N 390gm
  3. Susu Isian Sejat F&N 390gm
  • Teh Tarik ORI F&N 270ml
  • Teh Tarik Kurang Manis F&N 270ml

 

  1. Semua penyertaan yang diterima tertakluk kepada prosedur dan penentusahan Penganjur. Panganjur berhak secara mutlak untuk membatalkan secara automatik penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak dapat dibaca atau cacat dan/atau penyertaan yang lewat diterima (iaitu penyertaan yang diterima selepas 30hb November 2021, 23.59 mlm) atau penyertaan tanpa Bukti Pembelian yang dikehendaki.

 

  1. Hadiah Peraduan (“Hadiah”):-
  2. Hadiah Utama – Wang Tunai bernilai RM3,000 x 5 pemenang
  3. Hadiah Pertama – Samsung Tab A7 Lite SM-T220 bernilai RM659 x 30 pemenang
  4. Hadiah Kedua - Samsung Galaxy A022 SM-A022 bernilai RM399 x 50 pemenang
  5. Hadiah Mingguan – Hotlink Prabayar bernilai RM10 x 10 pemenang setiap minggu x 6 minggu (sejumlah 60 pemenang Hadiah Mingguan)

 

  1. Pemilihan pemenang:-
  2. Setiap penyertaan yang layak akan diberi satu nombor siri peraduan.
  3. Pemilihan janaan komputer akan dijalankan untuk memilih 5 pemenang Hadiah Utama, 30 pemenang Hadiah Pertama, 50 pemenang Hadiah Kedua dan 60 pemenang Hadiah Mingguan (“Peserta Terpilih”).
  4. 5 pemenang Hadiah Utama, 30 pemenang Hadiah Pertama, 50 pemenang Hadiah Kedua akan dipilih dari semua penyertaan yang layak pada akhir tempoh peraduan.
  5. 60 pemenang Hadiah Mingguan akan dipilih daripada penyertaan mingguan yang layak:-

Hadiah Migguan x 6 minggu x 10 pemenang setiap minggu (sejumlah 60 Hadiah Harian).

  1. Tempoh Mingguan:-
  2. i) Minggu 1: 15hb Oktober sehingga 22hb Oktober 2021
  3. ii) Minggu 2: 23hb Oktober sehingga 30hb Oktober 2021

iii) Minggu 3: 31hb Oktober sehingga 7hb November 2021

  1. iv) Minggu 4: 8hb November sehingga 15hb November 2021
  2. v) Minggu 5: 16hb November sehingga 23hb November 2021
  3. vi) Minggu 6: 22hb November sehingga 30hb November 2021
  4. Peserta yang dipilih akan dihubungi sebanyak tiga (3) kali melalui e-mel yang diberikan kepada Penganjur didalam aplikasi BrandCode . Sekiranya mana-mana peserta yang dipilih tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur akan mengganti peserta tersebut dengan peserta yang seterusnya dalam senarai.

 

  1. Setiap Peserta hanya boleh memenangi 1 (satu) Hadiah Utama atau 1 (satu) Hadiah Pertama atau 1 (satu) Hadiah Kedua dan seberapa banyak Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan. Maksimum 1 (satu) Hadiah Migguan setiap minggu.

 

12.Penghantaran Hadiah:-

  1. Hadiah Utama, Hadiah Pertama, Hadiah Kedua dan Hadiah Mingguan akan diberikan melalui servis penghantaran kurier berdaftar. Pemenang bertanggungjawab untuk memberi maklumat peribadi yang betul dan sah.
  2. Hadiah yang dikembalikan kerana penghantaran tidak dapat disempurnakan disebabkan maklumat peribadi yang salah akan dibatalkan dan segala rayuan tidak akan dilayani.

 

  1. Pemenang Hadiah Mingguan akan diumumkan 1 (satu) minggu selepas tempoh migguan tamat, manakala senarai pemenang Hadiah Utama, Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua akan dipaparkan 1 (satu) bulan selepas Tempoh Peraduan tamat di Aplikasi BrandCode dan di Laman Facebook Rasmi BrandCode.

 

  1. Pihak Penganjur dan kesemua pihak-pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut: (a) campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa Peraduan ini; (b) sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan Peraduan dan pemprosesan penyertaan; (c) sebarang penyertaan yang hilang, rosak, salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) semua kerugian sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 

  1. Segala kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau pembelanjaan untuk menyertai Peraduan ini, menuntut hadiah dan/atau menghadiri majlis penyampaian hadiah adalah tanggungan Peserta.

 

Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

 

  1. Notis bertulis ("Notis ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak F&N Beverages Marketing Sdn Bhd ("F&N" atau "kami”). Tambahan lagi, dengan memasuki Peraduan ini, anda dengan ini mengizinkan pemprosesan data peribadi anda oleh F&N dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami seperti nama, nombor kad pengenalan peribadi, nombor telefon, alamat dan maklumat lain yang kami hendaki daripada anda dalam Peraduan ini. F&N akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kepada F&N, untuk tujuan mengendalikan peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).

 

  1. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut dikemas kini. Anda boleh mengakses dan meminta pembetulan data peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat pertanyaan atau aduan berkaitan data peribadi dengan menghantar e-mel ke penyedia perkhidmatan di askme@brandcode.com.my

 

Hak Penganjur

 

  1. Panganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua Hadiah dituntut dalam keadaan "sedia ada" dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

 

  1. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.

 

  1. Penyertaan dalam Peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh Peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada Peserta terlebih dahulu.

 

  1. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang atau dicuri semasa dan selepas transaksi hadiah. Semua Peserta bersetuju tanpa syarat untuk menanggung liabiliti dan bertanggungjawab sepenuhnya setakat dibenarkan undang-undang sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah.

 

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa samua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.

 

  1. Terma dan syarat Peraduan ini adalah dalam Bahasa Malaysia.

 

  1. Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila hubungi BrandCode Careline 011-6162 0782 - Isnin hingga Jumaat, 10 pagi - 5 petang (kecuali cuti umum).